Friday, July 26, 2013

Resepi 267 : Jagung Bakar - Citarasa ABM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Terlebih dahulu ABM nak mintak maaf banyak2
kerana dah lama tak update resepi disini.
Bukan apa, skrng ni dah masuk 
minggu2 exam.
Lagipon Alhamdulillah ABM telah dilamar
oleh majalah Aroma untuk berkongsi resepi 
didalam majalah tersebut.
InsyaAllah jika tiada aral,
akan disiarkan pada edisi September 2013.
ABM ada juga menyediakan beberapa resepi
yang belum pernah ABM siarkan di blog ini.
Nak tahu resepi apa?
Jika dah keluar nanti, belilah ya :)


Tadi ABM bukak blog,
tetibe ada lah satu komen daripada Anon ni 
yang membuatkan ABM tersentap seketika.
Tapi mungkin beliau ni tidak berapa faham tentang
maksud ABM pada sidebar "peringatan" di sebelah.
ABM ada lampirkan disini jawapan
kepada cik/puan/encik/tuan Anon ni.
Diharap dapatlah memahami apa yang dimaksudkan oleh ABM.
ABM juga ingin meminta maaf jika kata2
pada sidebar tu agak "keras" bunyinya.

(Klik gambar untuk tumbesaran)
Ok lah, berbalik pada resepi hari ini,
ABM ingin berkongsi resepi jagung bakar ni.
Maklumlah sekarang diJepun  ni tengah musim Jagung.
Sana sini ada jagung.
So, ABM pon main2 lah bahan yang ada didapur tu,
ikut citarasa ABM.
Bila dah dimasak tu, memang rumah berbau wangi sangat!
Bau jagung sana sini.
Nak cuba? boleh tengok resepi dibawah.


BAHAN BAHAN
(5 tongkol jagung)

5 tongkol jagung

bahan sapu
3 sudu besar madu
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar mayonis
2 sudu besar mentega


CARA CARA
1. Satukan bahan2 untuk disapu dan gaul rata.
2. Jagung yang sudah dibersihkan disapu dengan bahan sos sekata.
3. Untuk dibakar ada beberapa cara. Cara pertama, panaskan grill pan diatas api dan letakkan jagung. Balik-balikkan sehingga masak dan ada hitam2 kesan dibakar.Didalam proses bakar, bolehlah disapu lagi dengan bahan sapu tadi.
4. Cara kedua adalah dimasak diatas grill pada arang. Balik2kan sehingga masak dan ada kesan hitam dibakar.
5. Cara ketiga adalah dengan menggunakan oven. Oven hendaklah pada setting "grill" dan dimasak didalamnya sehingga terdapat kehitaman kesan dibakar. Waktu membakar bergantung pada oven.
6. Bila dah masak, bolehlah disapu lagi dengan sos sapuan tadi.

ENJOY!


7 comments:

Iman Wildan said...

Barang jual dkt kdai pn ada hak cipta terpelihara kan.siap salam syg tu abm..mmg sentap gayanya..hehe..teringat kalau balik kampung,pg2 jumaat dh pegi psr cari jagung bawa balik n rebus banyak2..sdpnye!

A.B.M said...

hihi. xdelah. mgkin dy x faham kot. :) Orang tak tahu kita bgtahu. ye tak? :)

jagung rebus mmg sedap. pastu letak susu pekat sikit, pastu dgn butter. mmg enakk.

nani shuhada said...

Sabar je ABM. Anyway jagung mmg sedap di bakar. Biasenye sy rebus dulu utk pastikan jagung tu masak.

fazliana said...

sedapnya..feberet sgt dgn jgung2 nie,,bakar rebus msk pengat best sgt,,

Anonymous said...

maaf admin tumpang bertanya. Jagung tu kene rebus dlu ke?

Hanafi Han said...

Bole x saya tanya klu nak buat jagung bakar kena guna jagung tua ke?

Hanafi Han said...

Bole x saya tanya klu nak buat jagung bakar kena guna jagung tua ke?