Resepi 170 : Kuih Cucur Badak

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Haa, kan ABM dah bagitau tadi.
Hari ni ABM tensen sikit ngn exam pagi td
Sampai 2 resepi ABM update hari ni
Tahniah kat diri sendiri.
hihi


OKeylah, actually ABM nak cari resepi kuih2
yang guna serunding
Sebab serunding hari tu mmg bnyk lebih
Bosan pulak kan kalau makan ngn nasi je.
So, buat lah kuih cucur badak ni


Belek punya belek, terjumpa resepi
Thanks sesangat!
Resepi sgt mudah


Tapi ABM tak guna lah resepi serunding
yang ade kat dalam blog tu
Sbb mmg dah siap kan
ABM cuma amik resepi adunan doh 
cucur badak tu je.


BAHAN BAHAN
(ABM dapat 28 ketul)

doh cucur badak
700g ubi keledek kuning (ABM rase same je ngn keledek jepun ni)
1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
1/4 cawan tepung beras - diayak
sedikit garam

serunding
RUJUK SINI
(boleh la buat 1/3 daripada resepi tersebut. Kalau buat ikut resepi tu nanti bnyk sgt pula. Kalau nak pakai untuk buat kuih ni jelah.)

CARA
1. Rebuskan ubi keledek sehingga 1/2 empuk dibuang kulit. ABM biasa rebus ngn kulit dulu then baru buang kulit. Lagi senang. Toskan dan lenyekkan. Biarkan sejuk seketika.
2. Masukkan garam dan gaul sebati. Masukkan pula tepung gandum dan tepung beras sikit demi sedikit. Sehingga mendapat doh yang senang dibentuk. 
3. Ambil sikit doh lebih kurang sebesar bola pingpong dan leperkan. Masukkan serunding didalamnya. Tutupkan dan bulatkan kembali doh tersebut. Tekan supaya leper sedikit. Buat sehingga habis.
4. Gorengkan didalam minyak penuh sehingga keperangan kedua2 bahagian. Toskan dan buat sehingga habis. Siap dihidang.

*cara cara membuat serunding sila rujuk pada link tersebut.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
1434H

ENJOY!

Comments

mummy said…
Salam ABM,
mummy doakan anakda lulus ye... dalam tension pon sempat pos recipe ye..... selamat tahun baru ....:-)D
A.B.M said…
Thanks mummy.
Selamat tahun baru juga. :)

Popular Posts